Monday, November 4, 2013

Kumpulan Hadits "INDEKS JAMA’:QASHAR:QADHA"



INDEKS JAMA’:QASHAR:QADHA

 HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a:
Oleh Rasulullah Saw sesungguhnya Beliau mendirikan Shalat sewaktu Musafir di Mina dan tempat tempat lain sebanyak dua rakaat.

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Abdulrahman bin Yazid r.a, berkata:
Sayyidina Usman pernah Shalat di Mina bersama kami sebanyak empat rakaat.
Lalu diceritakan kepada Abdullah bin Mas'ud kemudian dia menyebut: kemudian dia berkata:
Aku Shalat bersama Rasulullah Saw di Mina hanya dua rakaat.
Aku Shalat bersama Abu Bakar As-Shiddiq di Mina sebanyak dua rakaat dan
Aku Shalat bersama Umar bin Al-Khattab di Mina juga sebanyak dua rakaat.
Mudah-mudahan bagianku dari empat rakaat ialah dua rakaat yang telah diterima oleh Allah.

HR. Thabrani melalui Ali bin Abi Thalib r.a
Rasulullah Saw bersabda :
Sebaik-baik umatku adalah orang-orang yang
-Bilamana mereka berbuat dosa segera bertaubat dan
-Bilamana berbuat baik merasa bergembira dan
-Bilamana bepergian mereka memilih meng-qashar Shalat dan berbuka Puasa.

HR. Tirmidzi
Hamnah binti Jahsy berkata:
Aku mengeluarkan darah yang banyak sekali setelah haid kemudian aku datang kepada Rasulullah Saw dan bertanya kepada Beliau.
Lalu Beliau bersabda:
Sesungguhnya itu adalah gangguan setan maka haidlah selama enam hari atau tujuh hari kemudian mandilah.
Jika engkau telah bersih maka Shalatlah dua puluh empat hari atau dua puluh tiga hari dan Puasalah serta Shalatlah karena itu cukup bagimu.
Kerjakan seperti itu dalam setiap bulan sebagaimana wanita haid

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, berkata:
Rasulullah Saw pernah melakukan Shalat Zuhur dan Shalat Ashar secara Jama'.
Begitu juga Shalat Maghrib dan Shalat Isya' secara Jama' sedangkan Beliau bukan dalam keadaan perang atau Musafir.

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a, berkata:
Dia pernah Shalat Maghrib dan Isya' secara Jama' di Muzdalifah ketika mengerjakan Haji Wada' bersama Rasulullah Saw.

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, berkata:
Apabila Rasulullah Saw Musafir sebelum matahari condong ke barat, Beliau menangguhkan Shalat Zuhur ke waktu Ashar.
Kemudian Beliau turun (berhenti) dan menghimpunkan kedua Shalat tersebut.
Akan tetapi sekiranya matahari telah condong ke arah barat sebelum Beliau berangkat maka Beliau mendirikan Shalat Zuhur lebih dahulu kemudian barulah Beliau berangkat.

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, berkata:
Ketika Rasulullah Saw tergesa-gesa sewaktu Musafir, Beliau menghimpunkan Shalat Maghrib dan Isya'.

HR. Bukhari, Muslim
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, berkata:
Rasulullah Saw pernah Shalat bersama kami disuatu petang, Shalat Ashar atau Shalat zuhur. Pada rakaat yang kedua Beliau memberi salam. Kemudian Beliau bersandar pada tiang. Beliau yang berada pada arah Kiblat. Diantara sahabat yang menjadi makmum, termasuklah Abu Bakar dan Umar, namun keduanya tidak berani berkata kata. Sementara sahabat sahabat lain tertegun karena Shalat dilakukan terlalu singkat. Lalu seorang sahabat bernama Zul Yadain berdiri seraya berkata:
'Wahai Rasulullah!, apakah Shalat disingkatkan yaitu di Qashar atau anda terlupa ?'
Rasulullah Saw memandang ke kanan dan kiri lalu Beliau bertanya:
Apakah benar apa yang diucapkan oleh Zul Yadain tadi ?.
Sahabat-sahabat menjawab:
'Benar!, anda hanya Shalat dua rakaat saja'
Seketika itu juga Rasulullah Saw menyambung Shalat dua rakaat lagi dan Beliau memberi salam. Setelah itu Beliau bertakbir kemudian sujud, kemudian bertakbir lalu bangkit dari sujud, kemudian Beliau bertakbir lagi lalu sujud buat kali kedua, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud.

HR. Bukhari, Muslim melalui Muadz bin Jabal r.a
Seorang perempuan bertanya kepada Sayyidatina Aisyah r.a:
Apakah salah seorang diantara kami harus meng-qadha Shalat sewaktu didatangi haid ?.
Aisyah berkata:
Apakah kalian dari golongan Haruriyyah ?.
Jika kami menjalani haid pada zaman Rasulullah Saw maka kami diperintahkan mengganti Puasa dan tidak diperintahkan mengganti Shalat.

No comments:

Post a Comment